X

Beri Kelainan Pada Kuih Ketayap. Guna Buah Naga Untuk Lebih Menarik.

Kalau mengikut tradisi, Kuih Ketayap ini berwarna hijau dan intinya coklat gelap daripada gula melaka dan kelapa. Tetapi, pernahkah anda jumpa Kuih Ketayap berwarna lain daripada hijau? Admin pernah juga jumpa Roti Jala warna warni, tetapi belum lagi Kuih Ketayap. 

Siapa sangka boleh buat Kuih Ketayap menggunakan Buah Naga? Maka, jadilah warna merah jambu eperti warna buahnya. Menarik kan? Ini kalau dihidang pada kanak-kanak, pasti mereka excited nak makan. 

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Kuih Ketayap Buah Naga ini 🙂

Bahan-bahan:

¾ buah Naga (dikisar dengan 2 cawan air)

3 cawan tepung gandum

1 biji telur 

1 cawan jus buah naga

2 1/2 cawan santan cair

Secubit garam

Sedikit gula

Cara membuat:

  1. Kisar semua bahan sampai hancur halus.
  2. Kalau rasa macam pekat, adunan dia boleh tambah lagi santan cair.
  3. Panaskan kuali non stick dan sapu nipis minyak.
  4. Tuang 1 senduk adunan dalm kuali (lenggangkan). Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan.
  5. Isikan inti, lipat kiri kanan dan gulung.

Bahan untuk Inti Kelapa:

1/2 biji kelapa putih

1/2 cawan gula 

1 cawan jus buah naga

2 helai daun pandan 

Sedikit tepung ubi

Sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Campur semua bahan di atas.
  2. Masak hingga nak sedikit kering.
  3. Masukkan 1 sudu tepung ubi (jika suka).
  4. Kacau-kacau rata.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Categories: Articles Recipes
Tags: kuih ketayap
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More