in , , ,

Bihun Rebus Versi Terengganu. Makan Tengah Malam Memang Layan.

Selalunya hidangan bersup ini enak dimakan ketika hujan, memang layan sangat dapat panaskan perut. Cara untuk menyediakannya juga mudah dan cepat. Jadi tak adalah menunggu lama waktu lapar kan?

 

Bahan kisar :

2 biji Bawang besar

5 biji Bawang putih

Sedikit Halia

 

Bahan :

Isi ayam

Sayur-sayuran

Lada hitam (tumbuk [email protected])

Cili padi

Telur

Garam

Bihun/mee (nak celur boleh atau masak sekali dalam kuah pun boleh)

 

Cara :

  1. Tumis bahan kisar dan kemudian masukkan air (terpulang nak kuah banyak mana kita nak kuah) dan isi ayam.
  2. Masukkan serbuk lada hitam. Apabila kuah mendidih, masukkan sayur, cili padi yang diketuk, telur dan perasakan dengan garam.
  3. Celur dahulu bihun jika mahu makan kemudian. Jika tidak, terus masukkan ke dalam kuah tadi.
  4. Tips untuk lebih enak, kisat dan lebihkan bawang supaya terasa manis dalam kuah.

Sumber : Haniza Ishak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0