fbpx

Bihun Sup Chinese Style. Resipi Sihat Tapi Boleh Buat Bertambah

iCookAsia

Menu ini pernah tular sebelum ini dan dikongsikan kembali mengikut resipi yang diolah Nurul Jannah.

Resipinya cukup mudah dan ringkas dan apa yang penting sedap giler. Tambah lagi bila digandingkan dengan cili kicap. Fuhhh bertambah-tambah makan. Serius tak tipu.

“Menu lunch arini Bihun Sup Chinese Style..tpi sy olah resepi ikut versi sendiri..menu sihat ni sy dh sertakan resepi kt setiap gambar

#BihunSupChineseStyle

Cara :

1. Goreng 10 ulas bawang putih yang dicincang halus dengan minyak bijan sampi keperangan.

2. Lebih kurang begini perangnya, jangan sampai terhangit nanti makan tak sedap. Selepas sudah siap goreng pindahkan ke mangkuk dengan minyak bijan sekali. Siap minyak bawang putih.

3. Didihkan air dan masukkan 1 sudi besar  minyak bawang putih yang siap digoreng tadi.

4.Masukkan satu kiub pati ayam dan masukkan dada ayam. Selepas ayam sudah masak, keluarkan dan racik-racik isi ayam tersebut.

5.Dalam kuali yang lain, goreng tauhu telur. Salut tauhu telur dengan tepung jagung.

6.Kemudian masukkan crab stick dan biarkan sehingga masak dan angkat dan ketepikan. Asingkan di dalam bekas, nak makan baru ambil.

7.Masukkan juga bebola ikan dan sosej. Biarkan sehingga kembang.

8.Tutup api dan masukkan sawi Jepun dan tutup periuk.

9.Satukan semua bahan bila nak makan.

10.Sos kicap :

5 btg cili padi

kicap pekat

kicap cair

1sk minyak bijan

1 biji perahan air limau nipis/kasturi


Sumber : Nurul Jannah

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x