in ,

Bilis Kacang Goreng Pedas Yang Enak Dimakan Begitu Sahaja. Tak Payah Masukkan Air, Nanti Cepat Lemau.

Sesiapa yang pernah duduk asrama, mesti hidangan ini menjadi kegemaran anda. Makan dengan nasi putih atau ratah macam itu sahaja dah sedap kan? Menggamit memori lalu betul.

Kalau rindu, jom la buat di rumah. Pastikan anda ikut betul-betul bahan dan cara membuat dibawah kalau nak dapat hasilnya crunchy dan sedap!

Terima kasih Norlela Abdul Lahak untuk perkongsian resipi Bilis Kacang Goreng Pedas ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan bilis goreng

2 cawan kacang tanah goreng

2 senduk cili kisar

1 cawan minyak

1 cawan gula

1 biji limau nipis (di ambil airnya)

Sedikit garam

Sedikit daun kari.

Bawang goreng (ikut suka nak letak atau tidak) 

Cara membuat:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan daun kari dan gula. Kacau rata.
  3. Masukkan garam dan air limau. Apabila sudah mendidih dan pecah minyak, masukkan bilis dan kacang yang sudah digoreng tadi. Tutup api dan kacau rata.

(p/s: Resepi ni tidak menggunakan air. Kalau guna air, bilis akan lembik. Dan cepat lemau. Resepi ni rapuh dan kriuk² dan tahan lama.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norlela Abdul Lahak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0