in , , ,

Biskut Buah Kana, Biskut Legend Yang Confirm Korang Suka

Biskut Buah Kana antara biskut lama yang kini cukup susah nak jumpa. Biskut ini diapit dengan jem strawberi, dan untuk adunan biskut, korang boleh sesuaikan mengikut warna dan kreativiti masing-masing. Apa yang penting, acuan kena menggunakan acuan seperti buah kana, barulah cantik.

Jom kita cuba resipi daripada perkongsian Zurina Yusof ini.

 

Bahan :

2 cwn Tepung gandum

2 cwn Tepung jagung

2 cwn Tepung kastard

1 1/2 cwn Gula icing

1 1/2cwn Majerin pelangi

1 biji Telur

1/4 cwn Serbuk koko

Jem strawbery

 

Cara :

  1. Putar gula dan marjerin sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi. Bahagian adunan kepada dua. Satu bahagian masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Satu lagi biarkan warna asal.
  3. Ayak tiga jenis tepung tadi dan masukkan sedikit demi sedikit dan gaul sebati sehingga boleh dibentuk dan ditekap dalam acuan. Sapukan sedikit tepung gandum pada acuan supaya adunan tidak melekat.
  4. Tepuk acuan sehingga biskut keluar dan bakar selama 15 minit.
  5. Akhir sekali, sapu biskut dengan jem strawberi dan biskut coklat dan kuning tadi.

Kredit resipi & foto : Zurina Yusof

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0