fbpx

Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Setiap bahan untuk buat biskut raya, kita boleh tambahkan apa sahaja mengikut citarasa dan selera. Seperti Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips ni, hanya tambahkan chocolate chips, dapat satu biskut yang lain.

“Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.

Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.”

 

Bahan :

250g buttercup atau boleh guna planta

1 cawan gula aising

1 sudu kecil esen vanila

3/4 cawan tepung jagung

2 cawan tepung gandum

Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)

Chocolate chips

Chocolate rice (optional)

Almond cincang (optional)

Cara :

1. Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanila. Guna senduk sahaja. Jangan pukul sampai kembang.

2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tak perlu ayak. Kacau sebati. Adunan memang lembik, jangan panik.

3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Selepas itu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah boleh.

5. Jarakkan sedikit, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa sahaja sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

6. Sebelum itu, panaskan oven dahulu dalam 5-10 minit. Kemudian baru bakar biskut pada suhu 160’c selama 20 minit atau mengikut oven masing-masing menggunakan api atas bawah.

7. Mula-mula keluar daripada oven, biskut memang lembut dan selepas itu baru akan keras. Sejukkan dahulu sebelum susun dalam balang.

Sumber : Nurul Syuhada Che Din

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x