fbpx

Biskut Cornflakes Sukatan Cawan. Langkah Step By Step Untuk Diikuti. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Ramadan sudah menjelang, pastinya sudah ramai yang sibuk membuat persiapan kuih raya kan? Biskut cornflakes ini menggunakan sukatan cawan dan cukup mudah disediakan. Kalau baru mula belajar pun tiada masalah.

 

Bahan :
4 cawan Cornflakes
3 cawan tepung gandum @ 350 gram
1 cawan gula halus
1 cawan buttercup @ 1 ketul
1 sudu kecil perisa vanilla
1 sudu baking powder
3 biji telur kuning shj

Cara :
1. Masukkan butter, gula, telur kuning dan perisa vanilla ke dalam bekas.

2. Putar sehingga kembang.

3. Kemudian masukkan baking powder dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sebati.

4. Ramas cornflakes tetapi jangan terlalu halus.

5. Selepas itu taburkan ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.

6. Atas dulang pembakar dengan baking paper. Bakar pada suhu 130 darjah selama 20 atau 30 minit bergantung kepada ketebalan adunan.

Sumber : Lieya Mohd‎

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x