in ,

Biskut Cornflakes Untuk Hidangan Kuih Raya Anda. Makan Sebiji, Confirm Mood Raya Datang!

Bijirin Cornflakes mendapat permintaan ramai apabila tiba musim raya. Kerana apa? Banyak Kuih Raya yang menggunakan Cornflakes ini seperti, Cornflakes Madu dan Biskut Cornflakes. Kalau anda sudah pernah buat resepi mudah Cornflakes Madu ni, apa kata anda cuba resepi Biskut Cornflakes daripada seorang pengguna Facebook ini. 

Nampak crunchy, tidak rapuh dan pasti sedap di makan pada pagi raya. Jom cuba!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Biskut Cornflakes ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 cawan nestum

3/4  sudu teh baking powder

2  cawan cornflakes ramas kasar 

1 1/2 cawan marjerin/butter/mentega

3/4 cawan gula halus atau gula kastor

1 sudu teh Esen vanilla

2 cawan cornflakes (diramas untuk golek)

Cara membuat:

  1. Gula dan butter dipukul sebati. 
  2. Kemudian masukkan tepung dan cornflakes, baking powder dan nestum. Gaul sebati.
  3. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 selama 10 minit.
  4. Bulatkan sedikit adunan, golek di atas cornflakes yang di ramas. Susun dalam loyang dan buat sampai habis.
  5. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0