fbpx

Biskut Florentine. Biskut Paling Senang Nak Buat, Tak Payah Uli. Gaul Dan Terus Bakar. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Ramai yang suka makan biskut Florentine ni kan tapi harga yang dijual agak mahal, maklumlah, bahan utamanya ialah kekacang. Jadi jalan terbaik, beli bahan dan buat sendiri. Biskut ini paling senang nak buat sebab tak perlu uli dan tak perlu ada kemahiran buat kuih.

“Untuk siapa yang teringin nak makan biskut, tapi malas nak gentel biskut boleh cuba buat ni. Biskut paling simple🤣 tapi biasa orang jual Rm20 ada dalam 30-40 keping je. Buat sendiri lagi jimat, boleh dapat dalam 200+pcs. Puas hati. Cara-cara ada di setiap gambar.”

 

Bahan :

250 gram tepung florenta

100 gram almond flakes

100 gram biji labu

100 gram biji bunga matahari

20 gram bijan hitam

 

Cara :

1. Bakar kekacang sebentar dalam 5 minit pada suhu 150c. Kemudian sejukkan sebentar.

2. Masukkan tepung florentine dalam bekas. Tepung ni dah ada gula dan tak perlu tambah apa-apa lagi.

3. Masukkan semua kekacang dan gaul semuanya sehingga sebati.

4. Sudukan ke dalam papercup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar. Boleh juga guna bekas muffin kecik jadi boleh guna berulang kali.

5. Bakar suhu 120 darjah selama 10-15 minit. Bergantung oven masing-masing. Kalau nak lebih gelap, lebihkan masa membakar.

6. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Sumber : Lynaa Yasin‎

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x