fbpx

Biskut Makmur | Kuih Paling Popular di Hari Raya

Hani Widianti

Sebut sahaja biskut makmur adalah antara kuih yang menjadi kegemaran masyarakat malaysia setiap kali hari raya tiba. apabila open house Hari Raya anda boleh senang jumpa di setiap rumah yang dikunjungi, memang kuih ini ada peminat tersendiri.

yang membuatkan biskut ini menjadi favorit adalah ianya mudah nak buat dan hanya menggunakan bahan-bahan simple sahaja, makanan ini sangat di rekomenkan untuk anda yang tengah belajar nak buat resepi raya.

dengan rasanya yang lembut, cair di mulut, dan aroma minyak sapi yang nyaman sangat di tekak pasti membuatkan anda tak boleh berhenti makan dan boleh di kata kalau hari raya tanpa biskut makmur tak lengkap rasanya.

sebenarnya, tak perlu tunggu hingga hari raya pada bulan puasa sahaja banyak orang ramai menyediakan kuih ini sebagai hidangan selepas berbuka.

pasti anda sudah tak sabar ingin mencubanya kan?

hari ini kami nak share bahan-bahan dan step by step cara membuatnya sila tengok dibawah ini.

Bahan Kulit

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan gula halus
  • 125g minyak sapi (1 tin kecil)
  • secubit garam

Bahan Inti

  • 1 cawan serbuk kacang tanah
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan Salutan

  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan gula icing

Step by Step

1. untuk kulit, first time sangai tepung terlebih dahulu. boleh panaskan guna oven dengan suhu 200″ C selama lebih kurang 15 minit. lepas itu sejukkan kemudian diayak.

2. cairkan minyak sapi, boleh letak minyak sapi diatas oven. selepas itu satukan semua bahan dan uli hingga lembut atau menjadi doh. apabila sudah menjadi doh rehatkan ia sebentar.

3. untuk inti, masukkan serbuk kacang tanah kedalam bekas kemudian tuangkan susu pekat sedikit demi sedikit selepas tu bancuh hingga menjadi adunan yang boleh dikepal. ambil adunan dan buat menjadi bentuk bujur sangkar atau bulat mengikut selera anda.

4. after that, ambil bancuhan tepung yang sudah anda bentuk tadi dan berikan lubang kemudian masukkan inti didalamnya dan bentukkan.

5. seterusnya susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga kuih masak. ikut oven masing-masing.

6. apabila sudah masak biarkan ianya sejuk dan apabila sudah sejuk salut dengan susu tepung dan gula yang sudah disatukan dan kuih makmur siap untuk di hidangkan.

mudah sahaja kan?

sumber : usiamuda

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x