fbpx

Biskut Mama Carries. Jangan Derhaka Resipi, Gerenti Jadi. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Mama Carries antara biskut raya yang menjadi kegemaran terutamanya kanak-kanak dek kerana rupanya yang pernuh warna warni.

Namun tidak ramai yang suka membuatnya kerana renyah dan memakan masa. Jelas empunya resipi, andai silap teknik royal icing, memang kelautlah jawabnya.

“Tak ramai nak buat biskut ni sbb renyah, makan mase.. silap teknik royal icing je fedup hihi.. ok im sharing my resepi so kalau nak buat ikut betul2 resipi jgn derhake yer.”

 

Bahan :

250 gm butter

115 gm gula ising

150 gm tepung jagung

350 gm tepung gandum (cap bunga rose)

25 gm susu tepung

1 biji kuning telur

 

Royal icing:

2 biji putih telur

175 gm gula icing

2 sudu makan tepung jagung

 

Cara :

1. Pukul butter, gula dan kuning telur menggunakan senduk kayu. Sekadar pukul perlahan.

2. Apabila sudah sebati, masukkan tepung jagung. Uli sebati.

3. Selepas itu masukkan tepung gandum dan uli sehingga tidak melekat di tangan.

4. Gelek dan terao mengikut bentuk acuan.

 

Cara royal icing :

1. Pukul telur putih sampai bertanduk, kemudian masukan gula icing and putar sampai berkilat and likat.

2. Selepas itu, masukkan tepung jagung 2 sudu. Pukul sehingga kalau terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh.

3. Pipe atas biskut yang diterap tadi guna piping bag dan deco mengikut citarasa.

4. Bakar biskut 150c dalam 15 minit. Kena selalu jaga suhu. Apabila sudah setengah masak turunkan suhu.

Sumber : Nurul Akmal Mustaffa

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x