fbpx

Biskut Mazola. Biskut Legend Untuk Raya. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Antara banyak-banyak biskut, biskut Mazola antara kuih raya yang paling mudah nak buat. Hanya gunakan empat bahan, gaul dan bakar. Gerenti sedap.

 

“Kuih raya lajen mak ajo wat ms kecik2 dl…da tua2 ni br le ade keberanian nk buat,thn ni thn ke2 buat sendiri biskut mazola ni…sy sertakan resepi..

 

Bahan :

2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa minyak dan kisar kering)

1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)

2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)

1 cawan minyak mazola

Cara :

1. Campurkan kacang kisar, gula icing dan tepung gandum. Gaul sebati.

2. Selepas itu, tuang minyak mazola sikit demi sedikit dan uli sebati.

3. Kalau dah sebati, buatkan bentuk bulat atau kepalkan.

4. Hiaskan di atas doh lebihan kacang tadi dan sapukan telur kuning.

5. Bakar dalam oven pada suhu 150°c selama 20 minit mengikut oven masing-masing.

6. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam botol. Satu adunan boleh dapat 100 biji.

Sumber : Nayla Gee

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x