in ,

Biskut Milo Rangup. Tak Payah Tunggu Milo Keluarkan Produk Baru, Kita Buat Sendiri Dulu di Rumah.

Biskut coklat is too mainstream, so why not kita buat Biskut Milo pula? Haa.. bahan yang perlu sediakan pun senang je. Boleh beli dekat kedai runcit semua. Cuma anda kena oven untuk bakar Biskut ini. Haa.. jom cuba!

Terima kasih Ahriany Ahmad untuk perkongsian resipi Biskut Milo ini 😀

Bahan-bahannya:
250g butter anchor
110g brown sugar
1 biji telur gred A
185g MILO serbuk
2 sudu kecil esen vanilla
500g tepung gandum

*Kalau tak ada brown sugar, boleh gantikan dengan gula castor

Cara Membuat:
1. Masukkan butter, brown sugar dan esen vanilla. Pukul menggunakan mixer selama 5 minit. (nak pukul menggunakan senduk seperti biasa pun boleh)
2. Kemudian masukkan telur dan pukul sehingga rata.
3. Setelah itu masukkan serbuk MILO sedikit demi sedikit dan pukul sehingga semuanya rata.

4. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan menjadi bentuk bulat.

5. Bakar pada suhu 160 celcius selama 20 minit (bergantung pada oven anda).

Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ahriany Ahmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0