in ,

Biskut Red Velvet Ada Filling Cream Cheese. Sedap Ya Ampun. Yang Hantu Biskut Mesti Suka Resepi Ni.

Kalau disebut Red Velvet, kebanyakkannya akan terfikir pada resepi Kek Red Velvet. Bukan itu sahaja, Biskut Red Velvet juga. Tetapi kebiasaanya Biskut ini plain sahaja. Tetapi, tidak pada seorang pengguna Facebook ini. Dimana beliau membuat cara yang lebih menarik dimana ada inti atau filling dalam Biskut. Nampak sedap lah. Jom cuba?

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Biskut Red Velvet ini 🙂

Bahan untuk Filling (Cream Cheese):

250g cream cheese (nak kurangkan pun boleh)

½ cawan gula icing

Secubit garam 

Caranya: Putar semua bahan sehingga sebati dan simpan dulu dalam peti sejuk sementara kita sediakan dohnya.

Bahan-bahan untuk doh:

1¼ cawan tepung gandum

½ cawan butter

1 biji telur 

¼ cawan gula perang

¼ cawan serbuk koko

½ sudu kecil baking powder

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar pewarna merah

½ cawan gula kastor/pasir 

Cara membuat:

  1. Butter, gula kastor dan gula perang.
  2. Dipukul sebati menggunakan mixer.
  3. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan dipukul lagi.
  4. Masukkan pewarna merah dan pukul lagi supaya sebati warnanya.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder, gaul lagi dan sebatikan semuanya dengan senduk sahaja. Setelah sebati simpan sekejap di dalam peti sejuk supaya doh senang dibentuk nanti.
  6. Keluarkan kedua-dua (filling dan doh tadi). Untuk memudahkan kita mendapatkan saiz yang sama besar, bolehlah gunakan ice cream scoop utk membentuk doh tadi.
  7. Leperkan di atas tapak tangan dan isikan fillingnya ke dalam doh dan tutup dengan cermat.
  8. Bulat-bulatkan doh menjadi seperti bebola kecil. Jangan buat terlalu besar sebab doh akan mengembang bila dibakar.
  9. Susun bebola tadi ke dalam dulang yang dilapik baking paper (jangan terlalu rapat dan banyak nanti melekat).
  10. Bakar pada suhu 160°C selama 15 – 20 minit. Ikut oven masing-masing ya.

*Cookies ini memang sedikit lembut selepas masak tetapi setelah sejuk dia akan mudah di pegang.

**Simpanlah di dalam bekas kedap udara untuk mendapat cookies yang rangup dan lembut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook) 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0