fbpx

Biskut Resipi Opah, Peanut Butter Cookies Cara Orang Lama. Sedap Sungguh.

iCookAsia

Resipi orang lama ini memang tidak pernah ditelan dek zaman kan, rasa nostalgia dan keenakannya memang sukar nak digambarkan. Sebab itu, resipi biskut Peanut Butter Opah perkongsian Aisyah My ini antara resipi wajib dicuba di rumah.

 

Bahan :

1 cawan Margerin planta – lebihkan sedikit

1 cawan Gula halus

3 biji Kuning telur

1 sdt Esen vanilla

2 cawan Tepung gandum – sangai jika rajin

2 cawan Tepung jagung

1 1/2 botol kecil Peanut butter lady choice (200 gm)

Kismis

 

Cara :

  1. Satukan margerin ( 1 cawan dahulu) dan gula halus. Pukul dengan senduk kayu sehingga berkrim.
  2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sehingga rata.
  4. Selepas itu, masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan sehingga adunan lembut. Apabila dipicit tidak merekah. Kalau kurang lembut, boleh tambah margerin atau peanut butter sehingga adunan menjadi lembut. Kalau lembik, tambahkan sedikit tepung gandum.
  5. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil mengikut saiz acuan. 13 gram sebiji untuk acuan saya.
  6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
  7. Bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 15 hingga 20 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Kredit resipi & foto : Aisyah My

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x