fbpx

Biskut Suji Brunei. Rangup Dan Wangi. Menyesal Kalau Tak Buat.

iCookAsia

Biarpun raya sudah berlalu, namun tidak salah kalau tangan ‘gatal’ nak buat kuih raya lagi kan? Bolehlah buat kudapan di rumah ataupun di pejabat nanti.

Kuih Suji Brunei ini cukup enak kerana terdapat gabungan cornflakes dan susu tepung, malah setiap gigitan itu terasa lemak-lemak manis namun tak terlalu muak.

 

Bahan :

370 gram Tepung gandum

200 gram Minyak sapi Gheeblend

50 gram Shortening

50 gm Mentega

50 gm Serbuk badam

150 gram Gula halus

100 gram Cornflakes kisar halus

1 biji kuning Telur

80 gram Tepung suji

50 gram Tepung jagung

 

Bahan salut :

3/4 cawan Nestum kisar halus

1/4 cawan Susu tepung

1 sdb gula Aising

 

Cara :

  1. Putar minyak sapi, shortening, mentega dan gula halus sehingga sebati.
  2. Selepas itu masukkan kuning telur dan putar sebati.
  3. Perlahankan mixer, kemudian masukkan tepung suji, tepung jagung, cornflakes kisar, serbuk badam dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  4. Bulat-bulatkan dan susun dalam loyang.
  5. Panaskan oven pada suu 170c dan bakar selama 25 minit.
  6. Selepas siap, biarkan biskut sejuk dan golekkan biskut dalam bahan salut.

Kredit resipi & foto : Rozmaliza Omar

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x