X

Boleh Cuba Buat Resepi Pad Kra Pao Ini. Sangat Mudah, Sedap Dan Mengenyangkan!

Kalau dapat pekena Pad Kra Pao pun sedap kan. Apatah lagi dimakan dengan nasi panas, lagi best. Daripada anda beli di luar, apa kata anda cuba buat resepi ini, sangat senang dan confirm nak buat lagi lepas ni. Tengok gambar pun dah terliur.

Kalau tak tahu nak masak apa, guna sahaja resepi ini. Jom kita try.

Terima kasih untuk Fateen Najihah perkongsian resipi Pad Kra Pao ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam cincang

Segenggam daun basil

2 atau 3 biji telur ayam

4-5 ulas bawang putih

Kicap ABC

Sos tiram

Sos ikan/sotong

Garam

Gula

Kiub pati ayam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng telur dulu dan asingkan.
  2. Kemudian, tumbuk cili dan bawang putih serta tumis dalam kuali.
  3. Masukkan ayam dan gaul-gaulkan.
  4. Seterusnya, tuangkan kicap, sos tiram, sos ikan atau sotong, kiub pati ayam, dan perasa.
  5. Tambahkan sedikit air, kalau nak berkuah boleh letak banyak sikit megikut masing-masing.
  6. Akhir sekali, letakkan daun basil, sekejap sahaja dan boleh tutup api.

Cara hidang adalah angkat dan letak dalam pinggan yang ada telur tadi dan tutupkan telur tadi dengan hidangan tersebut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fateen Najihah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
Tags: pad kra pao
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More