fbpx

Boleh Cuba Buat Roti Canai Yang Sedap. Confirm Lembut Dan Rangup!

iCookAsia

Dapat makan roti canai untuk sarapan pagi mesti sedap kan. Dengan rasa nya yang rangup, lagi nikmat nak makan. Apa kata cuba satu resepi ini, boleh buat banyak. nak buat untuk frozen pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih Tg Khuzanika untuk perkongsian resipi Roti Canai ini 🙂

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum

1 sudu besar gula

1 sudu besar garam

2 sudu besar susu pekat

1 sduu besar marjerin

1 biji telur

2 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, campurkan semua susu, gula, garam dan telur ke dalam air. Kacau sehingga larut.
  2. Kemudian, letak tepung dan planta. Uli sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 10 minit.
  3. Selepas itu, uli doh sekali lagi dan rehatkan sekejap dan uli lagi sampai doh licin dan elastic serta kenyal.
  4. Jika doh ini lembik, taburkan tepung secukupnya. Kalau doh kelihatan keras, renjis sedikit air dan uli sehingga doh nampak lembut.
  5. Kemudian, bulat-bulatkan doh dan sapu marjerin atas permukaannya. Masukkan ke dalam bekas.
  6. Apabila sudah siap, tuangkan sedikit minyak ke atas doh tadi.
  7. Perapkan doh selama 4 jam dan keatas. Lagi lama diperap, lagi lembut hasilnya.
  8. Jika menggunakan Bread Maker, masukkan bahan cecair terlebih dahulu diikuti dengan tepung. Gunakan mood knead sebanyak 3-4 kali sehingga doh elastic dan kenyal.
  9. Akhir sekali, untuk memasak, ambil doh roti dan canaikan pada dulang sehingga nipis.
  10. Simpulkan seperti gambar di bawah dan boleh dimasak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tg Khuzanika(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x