fbpx

Boleh Cuba Cara Buat Cream Puff Vanilla Cream Ini Yang Lembut Dan Sedap

iCookAsia

Hidangan Creampuff ni sangat sesuai untuk dihidangkan waktu majlis atau sambutan hari jadi. Bukan itu sahaja, dengan teksturnya yang sangat lembut membuatkan ia lebih disukai ramai. Bukan itu sahaja, Creampuff ini telah menjadi salah satu kuih yang mendapat permintaan ramai.

Jom kita buat!

Terima kasih Nuralia Idayu untuk perkongsian resipi Cream Puff Vanilla Cream ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan (Untuk Filling Creampuff):

1 cawan fresh milk

2 biji kuning telur

3 sudu besar tepung jagung

1 sudu besar tepung gandum

1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)

1/4 sudu kecil garam

1 sudu kecil vanilla essence

2 sudu besar unsalted butter

1 cawan non-dairy whipping cream

Cara penyediaan:

  1. Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Kemudian, whisk sampai sebati adunan tu.
  2. Panaskan fresh milk dalam satu periuk, tidak perlu sampai menggelegak pun.
  3. Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil whisk.
  4. Kalau dah sebati, letakkan adunan tersebut dalam periuk, kacau dengan api yang sederhana sahaja.
  5.  Masukkan vanilla essence dan teruskan kacau.
  6. Apabila adunan sudah pekat, dah boleh tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan selama 1 hingga 2 jam.
  7. Seterusnya,  kalau agak-agak sudah hampir 2 jam, boleh putarkan non-dairy whipping cream. Putarkan dengan mixer sehingga kembang dan gebu.
  8. Mix adunan telur dan whipping cream dan kaup sedikit demi sedikit.
  9. Masukkan filling ke dalam piping bag dan letak dalam peti.

Bahan (Untuk Puff):

1 cawan air

1/2 cawan butter

1 sudu besar gula

1/4 sudu kecil garam

1 sudu kecil vanilla essence

1 cawan tepung gandum

3-4 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, masukkan air ke dalam periuk. Letak butter, gula & garam. Kacau sehingga larut. Kacau dengan api yang sederhana.
  2. Letakkan vanilla essence.
  3. Tuang semua tepung gandum sekaligus.
  4. Bila adunan dah sebati, ia akan menjadi doh. Kalau yang guna periuk non-sticky, apabila texture doh itu sudah kelihatan tidak melekat dekat periuk, boleh tutup api dan sejukkan seketika dalam 5 hingga 10 minit sahaja.
  5. Apabila adunan sudah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan untuk tidak letak sekaligus. Letak sebiji dan mix kan. Ulang langkah tersebut. Boleh guna 4 biji telur bergantung kepada saiz telur tersebut.
  6. Adunan akan jadi berkilat dan tidak terlampau pekat atau cair.
  7. Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum itu pilih bentuk nozzles yang sesuai.
  8. Boleh buat bentuk mengikut kesukaan sendiri.
  9. Akhir sekali, bakar pada suhu 150c selama 25 hingga 30 minit. Bergantung pada oven masing-masing.

Tips:

  1. Kalau anda nak tahu puff tersebut berjaya atau tidak, anda boleh belah tengah dan dalam nya kosong seperti angin sahaja. Kalau tekan tiada isi, itu sudah dikira berjaya.
  2. Cara letak cream dalam puff ini sebenarnya optional. Boleh tebuk dari bawah puff atau belah tepi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nuralia Idayu(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x