Kalau beli apa-apa jenis buah seperti buah anggur, mesti korang perlu basuh terlebih dulu untuk hilangkan wax ataupun lilin yang melekat, kan? Tapi mungkin ada di antara anda yang membaca ini rasa macam susah nak hilangkan wax tersebut?
Apa kata anda semua cuba tips ini untuk basuh buah anggur yang dibeli, nak makan pun rasa selamat sebab dah terjamin bersih.
Terima kasih Nor Azian untuk perkongsian tips Untuk Basuh Anggur ini 🙂
Bahan-Bahan:
Buah Anggur
Tepung Gandum
Cara-cara:
- Â Â Â Pertama sekali, masukkan anggur ke dalam satu bekas.
- Â Â Â Seterusnya, taburkan tepung gandum ke dalam bekas tersebut.
- Â Â Â Biarkan ia seketika selama 5 hingga 10 minit.
- Â Â Â Akhir sekali, basuh anggur tersebut dan keringkan.
Senang sahaja kan tips ini? Hasilnya, anggur akan jadi lebih bersih dan berkilat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Nor Azian
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos