fbpx

Boleh Cuba Resepi Dessert Ini, Puding Roti Kuah Kastard. Makan Sejuk-Sejuk Pun Sedap Tau!

iCookAsia

Puding Roti Kuah Kastard ini simple sahaja cara untuk membuatnya tapi sangat sedap. Dengan kepekatan kuah kastard nya menjadikan makanan itu bertambah menarik dan sedap. Bukan itu sahaja, makan dessert ini boleh mengenyangkan tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ariana Sofia Ahmad perkongsian resipi Puding Roti Kuah Kastard ini 🙂

Bahan-bahan:

8 keping roti (potong 4)

2 cawan susu segar

3 sudu besar gula halus

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

Butter (sapu pada roti)

2 cawan susu cair

1/2 cawan air

4 sudu gula biasa

2 sudu besar tepung kastard

Cara membuat:

  1. Mula-mula, sapu roti dengan butter. Jangan letak banyak sangat butter nanti berminyak sangat.
  2. Selepas itu, susun roti yang sudah siap dalam loyang yang sudah disapu butter.
  3. Kemudian, pukul telur dan esen vanila sehingga sebati.
  4. Apabila sudah sebati masukkan gula halus. Pukul sehingga gula hancur atau sebati.
  5. Masukkan susu segar dan kacau sebati.
  6. Tuang adunan atas roti tadi dan tekan-tekan sikit dengan sudu supaya roti terendam.
  7. Seterusnya, taburkan kismis atas roti tersebut.
  8. Bakar dengan suhu 200°c selama 25 minit. Boleh kurangkan suhu kalau risau hangit.
  9. Untuk kuah kastard pula, masukkan susu cair, gula, air dan tepung kastard dalam periuk.
  10. Masak sehingga kuah pekat. Jangan terlampau pekat sebab apabila sudah sejuk kuah akan lagi pekat.
  11. Kuah akan nampak kekuningan seperti gambar di bawah.
  12. Akhir sekali, apabila kuah sudah sejuk bolehlah tuangkan atas puding roti yang sudah masak tadi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x