fbpx

Boleh Cuba Resepi Mudah Dan Sedap Shell Out Seafood Ini, Lagi Syok Makan Guna Daun Pisang

iCookAsia

Seafood merupakan salah satu makanan yang digemari ramai seperti udang, sotong dan ketam. Apatah lagi, dijadikan Shell Out Seafood. Lagi sedap dengan keunikan sos yang dicipta ramai orang. Apa kata kita buat resepi ini di rumah, boleh makan bersama family ramai-ramai.

Jom kita try.

Terima kasih Mas Aura untuk perkongsian resipi Shell Out Seafood ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Dikisar):

Cili kering yang telah direbus

Bawang merah

Bawang putih

Bahan B (Bahan Utama):

Seafood (ikut suka)

Broccoli

Carrot

Jagung

Cili sos

Sos tiram

Serbuk kari

2 pieces kiub pati ayam

Halia (DIhiris)

Serai (Titik)

Daun limau

Gula melaka

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, didihkan air dan rebus semua bahan seperti carrot, jagung dan broccoli.
  2. Masukkan sedikit garam.
  3. Seterusnya, rebus pula bahan-bahan seafood yang ingin digunakan. Rebus sehingga masak. Tapis dan ketepikan dahulu.
  4. Jangan buang air rebusan seafood. Nanti boleh ambil sedikit untuk dibuat sos kemudian.
  5. Untuk sos shell out, panaskan minyak terlebih dahulu dan masukkan semangkuk cili yang telah dikisar tadi.
  6. Kemudian, masukkan halia yang telah dihiris, serai yang telah diketuk dan seketul gula melaka. Masukkan juga kiub pati ayam sambil kacau.
  7. Seterusnya, masukkan daun limau.
  8. Masukkan pula 3 sudu serbuk kari. Kacau sebati dan masukkan 2 sudu sos tiram.
  9. Kemudian, masukkan 2 sudu sos cili dan masukkan sedikit air rebusan seafood tadi.
  10. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tumis sampai masak dan pecah minyak.
  11. Akhir sekali, masukkan seafood yang telah direbus dan gaul sebati.
  12. Boleh hias dengan jagung, broccoli dan carrot yang telah direbus tadi. Potong hirisan lemon sikit kalau suka.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mas Aura(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x