in ,

Boleh Guna Petua Ini Untuk Redakan Sakit Senggugut Dengan Menggunakan Serai, Halia, Madu & Habbatus Sauda

Bagi setiap wanita, pasti agak sakit bagi mereka untuk melalui satu fasa yang harus dihadapi setiap bulan iaitu senggugut. Senggugut ni sangat sakit. Paling teruk, ada yang sampai muntah dan tidak bermaya untuk melakukan kerja seharian.

Jadi, kali ini Admin nak share petua untuk hilangkan rasa sakit senggugut hanya dengan menggunakan bahan dapur sahaja. Jom.

Terima kasih Sumaiyah Abdullah untuk perkongsian tips Untuk Hilangkan Senggugut ini 🙂

Bahan-Bahan:

8 batang serai dan (Diketuk-ketuk)

1 ketul halia sebesar ibu jari

1 sudu besar habbatussauda

1-2 sudu besar madu

4 gelas air

Cara penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk.
  2. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
  3. Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk.
  4. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum.

Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.

Khasiat-khasiat:

  1. Serai. Untuk pengetahuan anda, serai ini dikatakan bersifat antiseptik, anti depresi, antimikrobial, antifungal serta astringen. Ia juga membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.
  2. Seterusnya, halia. Halia pula bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Ia terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.
  3. Yang ketiga, habbatus sauda. Ia bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Bukan itu sahaja, ia berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses  penuaan.

Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan ada rasa mint begitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut.

Semoga bermanfaat! 😉

Kredit tips dan gambar: Sumaiyah Abdullah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.