fbpx

Boleh Guna Tips Dan Resepi Kerepek Bawang Putih Ini Supaya Ada Rasa Yang Sedap Dan Crunchy

iCookAsia

Kalau anda nak tahum bawang putih pun boleh dibuat kerepek tau. Ia dipanggil Kerepek Bawang Putih atau Garlic Crunchy. Mesti ada yang suka makan ini kan. Selepas ini, boleh cuba cara yang Admin nak kongsikan ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ana Mohd perkongsian tips dan resepi Kerepek Bawang Putih ini 🙂

Cara-cara:

  1. Pertama sekali, kalau garlic belum dikupas, rendamkan dengan air suam supaya senang nak kupas kulit.
  2. Kemudian, sagat dan rendam dalam air garam untuk seketika.
  3. Basuh bersih. Pastikan untuk bilas banyak kali supaya getah garlic betul-betul hilang.
  4. Toskan garlic tersebut.
  5. Taburkan sedikit tepung beras. Kalau tidak mahu pun tidak apa.
  6. Gorengkan dengan minyak yang banyak dan api besar. Apabila sudah nampak kurang berbuih dan nak perang, perlahankan api.
  7. Jika sudah kelihatan brown, terus angkat dalam penapis jarang dan letak dalam dulang yang dilapik tisu.

Tips:

  1. Jangan biarkan garlic itu garing dan baru angkat. Nanti akan jadi pahit dan hangus sebab semasa diangkat, garlic masih dalam proses ‘memasak’.
  2. Bukan itu sahaja, garlic bagus untuk buang angin.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit tips dan resepi dan gambar: Ana Mohd(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x