fbpx

Bomboloni. Resepi Campak-Campak Tapi Gerenti Jadi – Step By Step

iCookAsia

Lain orang lain cara, untuk resepi bomboloni yang tular satu Malaysia ni, ringkas sahaja bahan-bahannya, tiada susu pekat, baking powder dan tidak perlu kembangkan yis terlebih dahulu. Jika ikut langkah demi langkah yang disarankan pemilik resepi Aqel Orked, gerenti jadi.

Bahan :

2 cawan bread flour
½ paket yis
¼ cawan gula castor
½ cawan susu segar
Esen vanila
1 telur
Garam
55 g marjerin

Cara :
1. Gaul kering tepung dan yis bersama. Dalam bekas yang lain, campurkan susu, telur dan esen vanilla, kemudian kacau sehingga sebati.
2. Selepas itu, campurkan bahan kedua-dua bahan ini bersama. Selepas itu, masukkan marjerin dan garam. Uli sehingga tidak melekat.
3. Selepas itu bulatkan doh. Sapukan mangkuk dengan minyak dan letakkan doh di dalam. Rehatkan doh sebentar di dalam microvawe (hanya on, tak perlu pusingkan), di atas peti ais atau atas permukaan yang hangat. Tujuannya hangatkan untuk doh kembang. Rehatkan selama 30 minit.
4. Bulat-bulatkan doh ikut saiz yang disukai dan rehatkan sebentar. Panaskan minyak, selepas letakkan doh, gunakan api perlahan. Jangan asyik terbalikkan doh, bila satu bahagian sudah perang, baru terbalikkan.
5. Taburkan snow powder. Boleh juga gunakan icing sugar tapi cepat cair.
6. Selepas itu gunting buatkan lubang di bahagian tepid oh. Masukkan inti yang disukai.

Disertakan step by step untuk rujukan anda.





Sumber : Facebook Aqel Orked

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x