fbpx

Botok Botok Diraja Johor. Resipi Daripada Istana. Wah, Wajib Buat Ni.

iCookAsia

Perkongsian daripada Izzat Ibrahim ini agak menarik kerana resipi Botok Botok yang dikongsikan merupakan susur galur terus daripada Istana Diraja. Jadi kalau nak feeling-feeling macam kerabat, bolehlah cuba buat resipi ini.

Resipi ini untuk penyediaan 20 bungkus Botok Botok.

“Masa balik Johor haritu, saya tolong Ummi (Cikgu Supini) masak satu menu orang Johor. Iaitu, botok-botok.

Saya ingatkan makanan orang Jawa. Ummi kata mungkin bukan. Tak pernah lagi jumpa di negeri lain walaupun kawasan orang Jawa.

 Ummi belajar cara buat menu ini pun dari ibu kepada kakak iparnya yang dulu pernah jadi anak angkat kerabat diraja Johor. Banyak masakan yang dia belajar ikut cara istana.

Jadi bila makanan ni lalu kat tekak, ada feel sikit-sikit lah diri tu macam TMJ. Haha.”

Bahan Sambal/kuah :

Bawang putih*

Bawang merah*

Lada kering*

4 batang Serai*

1 inci Lengkuas*

1 inci Halia*

3 inci Kunyit*

Air asam

Serbuk kari

Garam

Kerisik

Daun kunyit

Santan

*Bahan dikisar

 

Ulam-ulaman :

Pucuk ubi

Daun bebuas

Puding semangkuk

Puding kerinting

Daun kaduk

Pucuk betik.

Daun pegaga.

Daun selon

Ulam raja

 

Ikan :

Tenggiri – paling sesuai

Ikan kembung – alternatif

Bahan lain :

Daun pisang untuk bungkus

 

Cara :

  1. Ini rupanya bila sudah dikukus dengan air panas selama satu jam. Aroma dia menendang-nendang perut yang kosong!
  2. Pertama sekali sediakan kuah atau sambalnya. Tumis bahan-bahan yang dikisar. Pesan Ummi, serai kena lebih banyak daripada lengkuas, halia dan kunyit.
  3. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukkan air asam.
  5. Masukkan serbuk kari daging. Nak lagi power boleh campur kari ikan.
  6. Seterusnya, kerisik.
  7. Hirisan daun kunyit.
  8. Kalau rasa macam pekat, boleh tambah air.
  9. Ikan tenggiri yang paling sesuai. Boleh guna ikan kembung sebagai alternatif.
  10. Asingkan daun pucuk ubi dan segala jenis ulam dengan batangnya.
  11. Ini antara ulam-ulaman yang Ummi guna untuk masak haritu. Pucuk ubi, daun bebuas, puding semangkuk dan puding kerinting. Ini pula antara ulam lain yang boleh ditambah – Pucuk betik, daun pegaga, daun selon, ulam raja dan daun kaduk.
  12. Ini adalah amalan bid’ah yang Ummi tambah sendiri. Haha. Iaitu mencelur segala ulam-ulaman tadi. Katanya supaya mudah nak hiris dan susun nanti. Kalau buat sikit dia tak celur. Tapi kalau dah adik beradik semua sorang nak dua bungkus, kena lah masak banyak. Huhu. Ini rahsia kulit flawless semula jadi. Cewah
  13. Hiris ulam-ulaman tadi. Besar ibu jari.
  14. Sebatikan ulam-ulaman tadi.
  15. Kita masuk ke langkah penyediaan nak kukus. Hamparkan daun pisang di tangan kiri.
  16. Ambil sejemput ulam dan letakkan atas daun pisang. Agak-agak setelungkup tapak tangan.
  17. Letakkan sesudu sambal tadi. Bajet-bajetlah supaya kena dengan sukatan ulam.
  18. Kemudian letakkan ikan tenggiri di tengah-tengah.
  19. Jiruskan ikan tadi dengan sambal.
  20. Kemudian, selimutkan sambal dan ikan tadi dengan ulam. Supaya dia tak berapa panas bila kena kukus nanti. Hihi
  21. Siap untuk dikukus.
  22. Kukus selama 1 jam. Siap.
  23. Makan dengan nasi panas-panas. Fuh, betul-betul rasa macam anak Sultan Johor! Haha

 

Kenali ulam :

Daun bebuas

Pokok Puding Semangkuk

Pokok Puding Kerinting

Kredit resipi & foto : Izzat Ibrahim

Artikel diterbitkan terus daripada penulisan pemilik resipi tanpa suntingan.

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x