in ,

Brownies Kedut Yang Crunchy & Lembut. Boleh Letak Nescafe Dalam Adunan Kalau Suka.

Siapa je tak suka Brownies kan? Pencuci mulut atau manisan ini menjadi kegilaan ramai lebih-lebih lagi kalau ada effect kedut pada permukaan. Ramai juga yang buat jualan ni. 

Haa, menariknya resepi kali ini apabila menggunakan Nescafe di dalam resepi. Nak tahu apa rasanya? Jom cuba!

Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Brownies Kedut ini 🙂

Bahan A (double boiler)

200g coklat masakan

90g butter

30g serbuk koko

Sedikit nescafe (optional jika tak letak pon tak apa)

Bahan B (pukul sebati)

2 biji telur Gred B

150g gula kastor

1 penutup esen vanilla

Bahan C

100g tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

Cara membuat:

  1. Campurkan adunan daripada Bahan A dengan bahan B. Gaul sebati. 
  2. Kemudian, masukkan bahan C dan bakar pada suhu 180 selama 40 minit. Bergantung pada oven masing-masing.

**Adunan untuk saiz loyang 8″ x 8″

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.