fbpx

Buat Adunan Creampuff Perisa Pandan. Pencuci Mulut Creampuff Pandan Gula Melaka Ni Memang Sedap Betul.

iCookAsia

Hidangan Creampuff kebiasaannya dihidang pada majlis keramaian dan ianya memang laju sahaja habis. Saiznya bergantung pada kita sendiri untuk membuatnya bagaimana. Kebanyakkannya memang saiz kecil comel, senang untuk dimakan. Intinya atau filling juga yang buat lebih ralit makan. Sedar tak sedar, dah makan lima biji kan?

Untuk resipi kali ini, Admin terjumpa di Instagram dimana seorang pengguna Facebook ini membuat Creampuff menggunakan perisa Pandan dan inti nya pula, Gula Melaka tau. Menariknya. Cantik pula tu kejadiannya. 

Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Creampuff Pandan Gula Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

150 gm air daun pandan

Pewarna

75 gm majerin

75 gm tepung gandum

2 biji telur gred A

Bahan untuk Filling:

250 gm santan

Sedikit garam

60 gm gula perang

10 gm tepung kastad

18 gm tepung jagung

1 biji kuning telur

Cara membuat:

  1. Mula-mula campur air pandan ,pewarna,dan marjerin.
  2. Bila majerin dah cair dan sedikit menggelegak masukkan tepung.
  3. Kacau sebati dan menjadi pekat.
  4. Tutup api dan sejukkan adunan.
  5. Kemudian, kacau telur dan masukkan ke dalam adunan tadi.
  6. Kacau sebati. Sediakan piping bag dan nozzle 1M.
  7. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke atas tray.
  8. Tabur sedikit gula Melaka (parut) dan bakar sehingga masak. Sejukkan dan potong kepada 2 (tidak putus).
  9. Kemudian buat inti, campur semua Bahan dan masak sehingga pekat.
  10. Guna api sederhana supaya adunan tidak berketul dan cepat hangit.
  11. Sejukkan dan masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam cream puff tadi.
  12. Sedia untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x