in ,

Buat Apam Coklat Kukus Gebu Gebas Untuk Keluarga. Pastikan Letak Kain Pada Penutup Kukusan, Kalau Nak Hasil Yang Menjadi.

Apam kukus ni memang sangat popular dan senang sangat nak buat. Hasil yang gebu memang boleh jadi rebutan ramai. Kalaulah tak PKP sekarang, untuk majlis keramaian memang sesuai sangat untuk dihidang. 

Tidak mengapa. Anda masih boleh cuba buat resipi ini dan hidang pada keluarga dirumah. Bagi jiran-jiran pun boleh. Jom cuba!

Terima kasih Baharin Zakaria untuk perkongsian resipi Apam Coklat Kukus ini 🙂

Bahan A:

3 biji telur

1 cawan susu cair

1½ cawan gula

Secubit garam

Bahan B:

2 cawan tepung gandum

½ cwn serbuk Koko

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

Bahan C:

1 cawan minyak masak

1 cawan air panas

1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat:

  1. Blend bahan A hingga sebati.
  2. Ayak bahan B dalam bekas dan tuang bahan A, kacau sebati sampai tiada ketulan tepung dan masukkan bahan C. Kacau lagi hingga sebati. Kemudian, masukkan adunan 3/4 ke dalam bekas lompang dan kukus selama 15 minit

Tips:

1. Tutup penutup kukusan dengan kain bagi mengelakkan air jatuh atas apam

2. Kalau nak buat banyak,cuma gandakan shj adunan

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Baharin Zakaria (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0