in ,

Buat Apam Puri Yang Dengan Mudah. Bukan Kukus, Cara Bakar Sahaja Macam Kuih Ketayap.

Apam puri ini pernah menjadi kegemaran ramai untuk mencuba. Kuih yang jarang dibuat orang, dijual tetapi sangat enak di makan. Rupa seperti Karipap ini boleh menarik perhatian dengan pelbagai warna yang digunakan. 

Untuk resepi kali ini, Admin kongsikan cara membuat Apam Puri buat sesiapa yang ingin mencuba di rumah. Ikut step-by-step, confirm ianya akan menjadi dengan elok. Jom cuba!

Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Apam Puri ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 biji telur

1 cawan air

1 1/4 cawan air pandan

1 1/2 sudu yis

 

Caranya:

  1. Sedikit pewarna hijau (atau warna lain, ikut citarasa). Tak perlu letak air pandan, hanya air sahaja dan sedikit perisa Vanilla dan sedikit garam. Mix semua dan perap selama 5 minit.
  2. Masak seperti membuat kuih dadar. 

*Kalau nak guna acuan karipap pun boleh, buat seperti biasa pun boleh. 

Bahan untuk Inti kastard: 

1 cawan tepung gandum.

3 sudu besar tepung kastard

3 cawan air

3/4 cawan gula

Sedikit pewarna kuning

Caranya:

  1. Mix semua/
  2. Masak sehingga likat. 

*Nak guna inti kelapa pun boleh. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0