fbpx

Buat Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok Ini. Letak Je Gula, Garam Dan Aji Untuk Lebih Rasa ‘Kick”!

iCookAsia

Mesti ramai yang sudah tahu satu jenama makanan 3 Budak Gemok kan? Banyak sudah cawangan yang mereka buka dan ramai juga di kalangan orang Malaysia yang ‘gila’ akan hidangan yang mereka sediakan. 

Tetapi, pernahkah anda terfikir apa rahsia masakan Ayam Kicap mereka sedap sangat? Disini Admin terjumpa satu perkongsian resipi ala 3 Budak Gemok. Menarik kan? Jom lah cuba buat, mana tahu sama sedap macam di kedai?

Terima kasih Syuhada Sharidin untuk perkongsian resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok ini 🙂

Bahan kisar kasar/ tumbuk:

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Cili padi ikut kepedasan

Bahan lain

Ayam yang dah digoreng dgn serbuk kunyit dan garan

Sos tiram

Kicap manis

Kicap pekat (optional)

Daun kari(lagi banyak lagi sedap)

Cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar bersama daun kari sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis.
  3. Selepas itu, masukkan ayam, gula, garam, ajinomoto. Rasa dahulu sebelum letak sebab sos tiram dah masin dan kicap dah manis. Kalau nak kick, boleh tambah. Tak perlu masuk air sebab ayam 3 Budak Gemok memang pekat dan kering sedikit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syuhada Sharidin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x