in ,

Buat Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Untuk Makan Malam. Perap Ayam Semalaman, Baru Ayam Sedap Berjus.

Ada yang teringin nak makan diluar? Tetapi disebabkan musim PKP ini, kita semua tak boleh dine-in dan kedai pula hanya beroperasi hingga pukul 8. Nak beli awal siap-siap, nanti sejuk tak sedap pula kan. Haa.. macam-macam lagi.

Jangan risau, disini seorang pengguna Facebook berkongsikan resipi Ayam panggang ala-ala di kedai Kenny Rogers. Buat untuk makan malam, confirm nampak esklusif! 

Terima kasih Masao Azuma untuk perkongsian resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar (kalau bawang kecil, ambil 2 biji)

5 ulas bawang putih

Seinci halia

1 kiub ayam knorr

Caranya: Blend kesemua bahan.

2 sudu mix herbs

3 sudu sos tiram

3 sudu madu

1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)

Gula dan garam secukup rasa

Caranya:

  1. Gaul dengan semua bahan yang telah dikisar.
  2. Perap semalaman.
  3. Bakar pada suhu 180 c selama 1 jam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Masao Azuma (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.