in ,

Buat Beef Pepperoni Pizza Sendiri Di Rumah. Uli Pakai Tangan Lagi Best, Ada Hasil Air Tangan Sendiri.

Kadang-kadang, makanan segera yang biasa kita beli atau pesan diluar sana pun boleh dibuat sendiri. Atau dengan kata lain, iaitu Homemade. Apabila kita buat sendiri makanan ini, mestilah bahan-bahan yang digunakan dijamin selamat dan kita sendiri boleh ubai suai makanan tu mengikut citarasa kita sendiri. Seperti perkongsian resipi di bawah ini, buat Pizza sendiri di rumah. Hasilnya pun, marvellous

Terima kasih Syara Fina untuk perkongsian resipi Beef Pepperoni Pizza ini 🙂

Bahan Doh/roti:

165 g tepung gandum

Secubit baking powder

14 g gula halus

1 sudu kecil yis

½ cup atau 100 ml susu Segar (sejuk)

Secubit garam

2 sudu kecil olive oil (kalau tiada, boleh guna minyak masak)

Cara penyediaan:

  1. Mix sebati bahan-bahan diatas.  Masukkan secubit garam (bila sudah mix dan uli sedikit, baru masuk garam ya). Sambung uli sampai licin.
  2. Akhir sekali, masukkan olive oil/minyak masak. Uli sikit lagi sampai licin elok. Wrap doh dan jemur hingga kembang 1 kali ganda. Selepas itu ambil doh tadi, uli sikit lagi dan start gelek. Gelek dan bentukkan bulat ya, nipis-nipis je gelek tu. Sebab nanti roti mengembang juga. 

Selepas itu, mula untuk letak topping:

Sos Pasta Prego

Cheddar cheese

Mozzarella cheese

Italian herbs

Caranya: Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit dan siap.

*1 adunan dapat 1 saiz large pizza bersamaan, 8 potong pizza

*Guna topping apa-apa pun boleh.

*Uli pakai tangan je. Proses dalam 15-20 minit untuk bagi doh licin. Kalau ada bread maker guna sahaja, lagi mudah.

*Bakar agak-agak menjadi warna brown pada permukaan atas, masak je rotinya dan jangan garing sangat. Nanti keras pula roti. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syara Fina (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0