fbpx

Buat Bingka Labu Sebagai Pencuci Mulut. Bau Mesti Harum Semerbak Bila Dah Siap Bakar.

iCookAsia

Untuk yang sudah biasa dengan membuat Kuih Bakar ini, sudah mesti suka akan bau haruman setelah selesai bakar kan? Admin pun suka. Tetapi, pernahkah anda cuba membuat Bingka atau Kuih Bakar Labu ini? 

Asyik buat Kuih Bakar Pandan je kan? Jom kali ini beri kelainan pada Kuih Tradisi ini dengan membuat menggunakan Labu. Jom cuba!

Terima kasih No Or untuk perkongsian resipi Bingka Labu ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1 cawan santan (guna santan kotak pun boleh)

1 cawan susu segar/fresh milk

1 cawan telur

1 sudu teh esen vanilla

3/4 cawan gula pasir

1/2 sudu kecil garam halus

3 sudu minyak jagung

1 1/2 cawan labu (dah siap dilecek)

Bijan secukupnya

Cara membuat:

  1. Kupas kulit labu dan potong kiub. Rebus sampai lembut, buang air rebusan tu separuh dan kemudian lecek halus. 
  2. Sukat jadikan 1 1/2 setengah cawan.
  3. Panaskan oven, ikutlah suhu oven masing-masing. “Cik No guna suhu 230 C”.
  4. Masukkan semua bahan satu persatu ke dalam bekas besar.
  5. Kacau dan bancuh hingga sebati.

*Nak guna blender pun boleh, atau whisk pun boleh. 

  1. Sapu minyak pada acuan, masuk kan dalam oven dalam 5 minit.
  2. Tuangkan dalam acuan yang dah panas tadi.
  3. Tabur bijan rata rata.
  4. Bakar dalam oven selama 40 minit, guna api atas bawah.
  5. Dah elok masak, tunggu sejuk barulah dipotong dan dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: No Or (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x