fbpx

Buat Buah Melaka Dengan Mudah. Sesuai Untuk Makan Petang.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu Kuih Buah Melaka ini. Adunan tepung pulut yang disalut dengan kelapa parut, kenyal bila dikunyah dan manis kerana gula melaka sebagai inti. Sedap kalau dapat makan untuk makan petang kan? Jom buat!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Buah Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung pulut dan 1 sudu besar tepung gandum 

Air perahan pandan (lebih kurang 1/3 cawan)

Gula melaka

Kelapa parut dan secubit garam

Cara membuat:

  1. Bancuh tepung dan masukkan air. Agak-agak boleh dikepal jadi doh, tambah sedikit garam.
  2. Potong gula melaka kecil kecil.
  3. Kukus kelapa parut dan secubit garam.
  4. Didihkan air dan ambil sedikit doh. Kemudian letak gula melaka di tengah dan bulat bulatkan. 5. Masukkan dalam air mendidih dan tunggu hingga kuih timbul di permukaan.
  5. Ambil kuih dengan penapis. Dan masukkan terus dalam kelapa parut. Goyangkan bagi kuih dan kelapa parut bersalut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x