fbpx

Buat Caramel Popcorn Ala Garrett. Boleh Buat Untuk Makan Sambil Tengok Movie Di Rumah. Confirm SYOK!

iCookAsia

Sekarang ini, tengok movie di rumah pun boleh. Ada sesetengah siaran di rumah sudah tayang movie antarabangsa. Hanya perlu melanggan sahaja di ASTRO. Bila movie dah ada, tak lengkap tanpa popcorn yang sedap di kunyah sambil tengok movie. Ala.. macam di panggung wayang. 

Jangan risau, popcorn caramel ni pun boleh buat sendiri di rumah. Jimat, tak perlu beli yang dah siap di luar sana. Bila buat sendiri ni, kita boleh adjust ikut berapa manis yang kita mahu kan. Senang! 

Terima kasih Fainda Farahin Fainda Farahin untuk perkongsian resipi Popcorn Caramel ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cup Bertih Jagung (beli di bakery)

5 sudu besar minyak masak

1 cup Gula perang

125 gm Butter

1 sudu kecil Soda Bikarbonat

Cara membuat:

1. Panaskan minyak dan masukkan Bertih Jagung. Kacau sikit dan tutup periuk.

(Untuk Caramel)


2. Panaskan kuali. Masukkan gula perang dan kacau sehingga larut.

3. Masuk butter dan gaul sehingga sebati.


4. Seterusnya, masukkan soda bikarbonat dan kacau sehingga bertukar warna cerah sedikit.


5. Dah siap Caramel, boleh tutup api.


6. Tuang Caramel kedalam popcorn dan gaul sebati.


7. Masukkan Popcorn tadi kedalam loyang bakar selama 30 minit suhu 150°©

*setiap 5 minit Gaul Popcorn untuk elak dari berketul. Sejuk kan sebelum makan 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x