fbpx

Buat Choc Oat Cookies Tanpa Menggunakan Oven. Guna 2 Bahan Pun Dah Sedap.

iCookAsia

Kadang-kadang mesti teringin nak makan benda manis kan. Boleh la cuba resepi ini iaitu Choc Oat Cookies. Sangat senang dan sedap tau. Bukan itu sahaja, resepi ini menggunakan Dark Chocolate tau yang dikatakan bagus untuk kesihatan kita.

Jangan risau lah. Seperti resepi di bawah ini, anda hanya perlu sejukkan sahaja. Best kan?  Jom kita try.

Terima kasih Ros Aida untuk perkongsian resipi Chocolate Oat Cookies ini 🙂

Bahan-Bahan:

Rolled oat (Boleh guna Dry overnight oat sebab ada nut, seeds and raisin)

Dark chocolate jenama Beryl’s

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, sangai oat terlebih dahulu.
  2. Kemudian, cairkan chocolate.
  3. Combine oat dan chocolate. Kacau sehingga rata.
  4. Seterusnya, lapik loyang dengan plastic.
  5. Sudukan adunan tadi atas loyang dan sejukkan.

Senang sangat kan? Simple sahaja tapi sedap. Kalau buat ni, gerenti oat kena beli lagi. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ros Aida(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x