fbpx

Buat Dengan Air Tangan Sendiri, Rempah Kari Ayam/ Daging. Rasa Rempah Mesti Lagi Sedap Bila Homemade.

iCookAsia

Bila nak masak masakan Kari atau apa-apa masakan yang menggunakan rempah Ayam atau Daging, mesti lah kita guna Rempah yang sudah sedia ada dan siap seperti di pasaran. Memang kebanyakkannya guna rempah yang siap sahaja kan. Tetapi, tahukah anda, rempah itu kita boleh buat sendiri?

Disini Admin kongsikan dimana seorang pengguna Facebook ini membuat Rempah Kari Ayam atau Daging sendiri atau secara homemade. Tak sangka juga Admin. Bestlah, boleh buat sendiri. Rasanya mesti lagi PADU kan? 

Terima kasih Zawiyah Kassim untuk perkongsian resipi Rempah Kari Ayam/ Daging ini 🙂

Bahan-bahan:

5 sudu besar biji ketumbar

1 sudu kecil jintan manis

½ sudu kecil jintan  putih

1 batang kayu manis

2 biji buah pelaga

2 kuntum bunga cengkih

10 tangkai cili kering

3/4 sudu kecil serbuk kunyit

Cara penyediaan:

  1. Cuci rempah kecuali serbuk kunyit.
  2. Jemur hingga kering.
  3. Kemudian sangai atau goreng tanpa minyak hingga harum.
  4. Sejukkan sebentar kepada suhu bilik.
  5. Kisar rempah hingga halus.
  6. Tambah serbuk kunyit gaul hingga rata.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan hari kemudian.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zawiyah Kassim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x