fbpx

Buat Dua Jenis Kek Layer Pandan. Kek Marjerin Extra Moist Dan Kek Jagung. Sangat Sedap Dan Lembab.

iCookAsia

Perkongsian resipi kali ini agak menarik kerana seorang pengguna Facebook ini berkongsikan resipi Kek Layer Pandan yang boleh digandingkan sama ada bersama Kek Marjerin Extra Moist atau Kek Jagung. Bahan yang digunakan untuk kek lebih kurang sama sahaja. Tetapi katanya, agak leceh sebab kena buat cepat cepat, takut mengerasa layer pandan itu. 

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Kek Mentega Dan Kek Jagung Layer Pandan ini 🙂

(Layer Pandan)

Bahan-bahan:

1/3 cwn tpg kastard

4 sudu besar gula (ikut kemanisan yang disukai)

Secubit garam

1/3 cawan air perahan pandan

1/3 cawan santan

1/3 cawan susu cair

1/2 cawan air

1 bungkus serbuk agar2 atau 3 inci agar-agar strip

Pewarna hijau epal

Caranya:

  1. Gaul santan, susu cair, air perahan pandan, garam dan tepung kastard.
  2. Masak agar-agar dan air hingga mendidih dan agar-agar cair. Masukkan gula.
  3. Masukkan adunan bancuhan tepung tadi. Masak hingga mendidih meletup-letup gelembung di permukaan. Kemudian tutup api.
  4. Buat dua lapisan layer.

*Adunan cepat mengeras, jadi kena buat dengan cepat.

 

(Kek Jagung)

Bahan-bahan:

1  1/2 cawan  tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

2 sudu teh baking powder

3/4 cawan gula halus

1 cawan marjerin

3 biji telur (gred C)

1 sudu kecil esen vanila

1/3 cawan susu cair

1/3 cawan jagung krim dalam tin

Caranya:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang (menjadi warna putih berkrim)
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan jagung.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik (ayak dahulu)
  5. Masukkan susu cair dan putar lagi seketika. 
  6. Setelah siap, masukkan ke dalam loyang. Hentakkan loyang untuk buang angin.
  7. Bakar 45-1 jam atau hingga masak pada suhu 150′.

**Nak lagi sedap guna jagung Original dan kisar bersama susu cair. Campur juga dengan jagung butir.

 

(Kek Marjerin Extra Moist)

Bahan-bahan:

2 cawan  tepung gandum

2 sudu teh baking powder

1 cawan gula halus

1 cawan marjerin

4 biji telur (gred A)

1 sudu kecil asen vanila

1/3 cawan susu cair

Caranya:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang (jadi warna putih berkrim).
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik (ayak dahulu).
  4. Masukkan susu cair dan putar lagi seketika. 
  5. Setelah siap, masukkan ke dalam loyang dan hentakkan loyang untuk buang angin.
  6. Bakar 45-1 jam atau hingga masak. 

**saya tambah badam cincang..bakar dahulu sebelum adun dalam kek

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x