fbpx

Buat Gorengan Kacang Kuda Menggunakan Lebihan Bubur Asyura. Sedapnya!

iCookAsia

Kalau anda ada lebihan kacang kuda daripada bubur asyura, jangan buang tau. Anda semua boleh buat Gorengan Kacang Kuda. Kalau nak tengok tv, boleh la buat kudapan. Kali ni, Admin nak share cara buat resipi ini versi pedas, makan waktu musim sejuk memang layan hehe.

Jom kita try.

Terima kasih Sabariah Bahasar untuk perkongsian resipi Gorengan Kacang Kuda ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

1 kg kacang kuda

Bahan B (Untuk Tumis):

3 pelepah daun kari

Cili kering (Dihiris nipis)

4 ulas bawang merah kecil (Dihiris nipis)

2 sudu kecil biji sawi

2 sudu besar cili (Dikisar)

Gula dan garam

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, rendamkan kacang kuda dengan kunyit untuk semalaman. Kemudian, bersihkan dan rebus dengan daun pandan dan sedikit garam sehingga empuk. Toskan.
  2. Kemudian, tumis bahan tumisan kecuali cili sehingga  bawang layu.
  3. Masukkan cili dan kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan gula, garam dan kacang.
  5. Akhir sekali, kacau sehingga sebati

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sabariah Bahasar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x