fbpx

Buat Hidangan Crepe Menggunakan Isi Nangka. Sedap Makan Sejuk Sejuk!

iCookAsia

Biasa kita dengan Durian Crepe je kan? Haa, kali ini berlainan. Seorang pengguna Facebook telah berkongsikan resepi Nangka Crepe. Haa, menarik kan? Jom buat!

Terima kasih Anita Ramli untuk perkongsian resipi Nangka Crepe ini 🙂

Bahan-bahan untuk Kulit Crepe:

4 sudu tepung gandum

2 sudu tepung ubi 

1 biji telur ayam

Minyak masak 2 sudu

Susu segar (campur dengan air 250-300 ml)

Cara penyediaan:

  1. Masak di kuali non stick tanpa menggunakan minyak. Cara memasak seperti buat lempeng. 
  2. Pastikan kulit crepe ini lapisannya nipis senipis-nipisnya.

Cara penyediaan Inti:

  1. Putar sahaja whipping cream. 
  2. Masukkan nangka.
  3. Balut dengan kulit crepe. Simpan dalam peti ais.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Anita Ramli (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x