in ,

Buat Homemade Butter Cookies. Tak Perlu Guna Telur, Hasilnya Masih Cantik, Elok Dan Confirm Sedap!

Biskut butter ini sedap dimakan pada waktu makan petang. Dicicah pula dengan air teh ke, wow nikmatnya. Boleh rehat sambil ambil udara segar di halaman rumah. Tetapi, pernah terfikir nak buat sendiri tak biskut ini? Macam menarik kan?

Terima kasih Noor Aina Syuhana untuk perkongsian resipi Homemade Butter Cookies ini 🙂

Bahan-bahan:

250g butter (suhu bilik dan cadangan boleh guna pure butter untuk lagi sedap)

½ cawan gula icing

1 tsp vanilla extract (boleh tambah 1 sudu teh butter oil untuk lagi wangi)

2 cawan tepung gandum (diayak dan boleh tambah 1 sudu besar susu tepung)

Cara membuat:

  1. Mix butter sampai creamy, masukkan gula, vanilla, pukul lagi sampai kembang dan ringan selama 12 minit.
  2. Masukkan tepung dalam 3 kali tuang. Gaul sebati dengan spatula. Masukkan ke dalam piping bag dengan star tip, buatlah bentuk yang disukai. 
  3. Bakar selama 10-12 minit (180°C) atau sampai base biskut nampak perang-perang sikit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noor Aina Syuhana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0