fbpx

Buat Kari Kepala Ikan Rasa Marvelous Macam Dekat Mamak. Sekali Makan, Mesti Nak Tambah

iCookAsia

Sesekali mesti teringin makan hidangan EXTRA kan? Buat peminat kari, boleh la buat resepi daripada Chef Lin ni iaitu Kari Kepala Ikan. Dengan menggunakan perkakas dapur SHEFU 32cm Non stick Aluminium Wok ni, proses memasak menjadi bertambah mudah. Tak calar pun pan!

Bahan-bahan:
½ cawan minyak masak
¾ sudu kecil halba campur
4 biji bawang merah, dihiris
2 biji cili hijau, dibuang biji
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1-2 tangkai daun kari
1 biji tomato, dipotong 6
3 sudu besar rempah kari ikan } tambah air jadi pes
1 sudu besar serbuk cili }
¼ cawan air pati asam jawa (anggaran)
1 keping kepala ikan, dibelah 2
1½ cawan air
½ cawan santan
Garam secukup rasa
15 biji kacang bendi
Daun ketumbar (jika suka)

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak di dalam pan 32cm, tumis halba campur, bawang merah dan cili hijau sehingga wangi.
2. Masukkan bawang putih, halia, daun kari dan tomato. Masak 1 minit.
3. Masukkan pes rempah dan masak sehingga naik minyak.
4. Tambah air asam jawa, kacau dan masak 1 minit.
5. Masukkan kepala ikan, air, santan, garam dan bendi.
6. Kacau dan tutup. Apabila hampir masak, taburkan setengah daun ketumbar.
7. Renihkan sehingga ikan masak. Taburkan daun ketumbar dan hidangkan.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x