in ,

Buat Kek Batik Biskut Marrie Versi Puding. Makan Sejuk-Sejuk, Memang Sedap Dan Lembut Betul!

Pencuci mulut atau dessert Biskut Marie ini memang sangat popular suatu ketika dahulu. Ramai yang dah cuba dan ada juga yang buat hidangan ini jadi lebih EXTRA dengan topping coklat ganache

Tetapi, apa yang menariknya resipi kali ini apabila seorang pengguna Instagram ini telah berkongsikan resepi Kek Batik Biskut Marrie  dengan cara Puding. Menarik kan? 

Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Puding Biskut Marie ini 🙂

Bahan A:

2 sudu besar serbuk choco 

1 1/2 cawan air

1 sudu besar serbuk agar -agar

50 gm butter

Bahan B (kisar):

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan susu cair

1 biji telur

1/4 cawan tepung kastad

Bahan C (pes):

4 sudu besar serbuk choco 

3 sudu besar serbuk koko

1/4 cawan air panas

Bahan D:

Biskut marie secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula campur bahan A dan masak sampai butter larut.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, apabila sudah berbuih kecil masukkan pes.
  3. Kacau adunan menjadi sedikit pekat terus tutup api.
  4. Sediakan loyang saiz 8x3x3 dan lapik plastik.
  5. Tuang sedikit adunan dan letak biskut. Tuang lagi adunan atas biskut tadi dan ratakan. Buat sampai habis.
  6. Akhir sekali hias di atas adunan dengan biskut marie.
  7. Sejukkan selama 2 jam dalam peti ais.
  8. Keluarkan dan siap untuk di potong. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Facebook) 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0