in ,

Buat Kek Pelangi / Rainbow Cake Untuk Pertama Kali. Rasanya Sedap Sangat, Suami Pun Boleh Suka Tau.

Sekarang ini, mudah sahaja untuk kita dapatkan resepi yang menggunakan sukatan cawan dan sukatan yang lebih mudah. Tak perlu timbang. Apabila sudah jadi mudah, maka ramai lah yang mula untuk membuat Kek di rumah. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, di mana beliau membuat Kek Pelangi ini buat pertama kali nya sempena Hari Jadi suaminya. Gementar juga tidak jadi kan, tetapi tidak sangka ianya menjadi. Jadi, boleh Admin panggil ini antara resipi Anti-Gagal?

Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Kek Pelangi / Rainbow Cake ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

4 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam

1 cawan butter – suhu bilik

1 1/2 cawan gula kastor

5 biji putih telur – suhu bilik

2 sudu teh esen vanila

1 1/2 cawan susu segar – suhu bilik

Pewarna (oren, pink, kuning, biru, hijau, ungu)

Cara membuat:

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati dan gebu.
  4. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna. Sapukan marjerin di loyang pengukus. Kukus setiap adunan dalam masa 10 – 12 minit. 

(Jika nak bakar pun boleh)

 

Resepi Cream Cheese Frosting 

Bahan-bahan:

500 g whipping cream 

250 g cream cheese

60 g gula icing

110 g butter

2 titik lemon paste

Caranya:

  1. Pukul whipping cream hingga kental.
  2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese bersama gula, butter dan lemon paste hingga berkrim.
  3. Satukan whipping cream tadi bersama cream cheese, gaul sebati atau dipukul dengan kelajuan perlahan.

Cara untuk melapis kek rainbow:

  1. Mulakan dengan satu lapis.
  2. Sapu sedikit cream cheese di atasnya dan ratakan.
  3. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula di atasnya dan ulang langkah ini hingga habis. 
  4. Akhir sekali buat lapisan cream cheese yang agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese di sekeliling kek. Hias mengikut kreativiti masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0