fbpx

Buat Ketupat Dengan Cara Kukus. Tambah Santan Dalam Resepi, Hasilnya Memang Cantik Dan Sedap.

iCookAsia

Secara tradisionalnya, Ketupat dianyam dengan caranya sendiri dan pada setiap negeri mempunyai jenis-jenis Ketupat. Contoh, Ketupat Palas daripada negeri Kelantan dan banyak lagi. Tetapi, yang paling basic adalah ketupat yang kebiasaanya kita belajar sebagai permulaan. 

Walau bagaimanapun, masih ada lagi yang tidak tahu untuk anyam ketupat? Jadi, bagaimana raya ini? Haa, disini Admin kongsikan cara membuat Ketupat dengan cara tersendiri oleh seorang pengguna Facebook ini. Saiz seperti lemang dan beliau menggunakan teknik mengukus. Menarik kan?

Terima kasih Hairul Hamid untuk perkongsian resipi Ketupat ini 🙂

Bahan-bahan:

1 Beras pulut – 4 cawan

2 Santan – 2 biji kelapa

3 Daun pandan – 1 helai

4 Daun pisang – 1 

5 Garam – Secukup rasa

Cara membuat:

  1. Rendam beras pulut 2 jam.
  2. Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan. Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
  3. Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
  4. Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.

“Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu 😅”

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hairul Hamid (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x