fbpx

Buat Kuih Apam Ada Inti Kacang Merah. Boleh Kurangkan Gula Sebab Inti Dah Manis.

iCookAsia

Resepi Apam ini memang betul-betul popular lah! Dah cara memasak begitu mudah, memang ramai betul lah suka kan? Seperti perkongsian resipi dibawah ini, beliau jadikan kuih Apam lain daripada yang lain. Kebiasaannya kuih Apam hanya kosong dan disalut dengan kelapa je kan? Tetapi yang ini berintikan kacang merah. Macam menarik je rasanya? Jom cuba!

Terima kasih Lydia Na Kitchen untuk perkongsian resipi Apam Inti Kacang Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

2 sudu teh yis

Setengah cawan air suam/ 100ml

1 sudu teh gula 

*Bancuh gula hingga larut kemudian tambah Yis. Kacau-kacau sehingga sebati dan biar sekejap hingga berbuih.

1½ cawan tepung gandum

½ cawan tepung beras cap teratai

1 cawan gula (kalau nak kurang manis guna ¼ sahaja gula, sebab inti Kacang merah dah manis)

1 cawan air bersamaan 200ml

Esen Vanilla/ Pewarna (Ikut Suka)

Cara membuat:

  1. Tepung gandum tepung beras gula dan air sekalikan dalam bekas. Kacau-kacau guna senduk bagi ia tidak berketul-ketul. 
  2. Selepas itu, tuang adunan yis. Kacau lagi bagi adunan betul-betul sebati. Perap selama 40 minit  bagi adunan naik. Apabila sudah naik, kacau-kacau.
  3. Selepas itu, ikut suka nak letak pewarna apa.
  4. Acuan sapu minyak terlebih dahulu. Sudukan adunan kemudian letak inti kacang merah.
  5. Kukus selama 20 hingga 25 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Lydia Na Kitchen (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x