X

Buat Kuih Apam Warna Ikut Buah Tembikai. Cantik Menyerlah Warnanya, Anak-Anak Mesti Suka.

Kalau sebut tentang Kuih Apam ini, siapa sahaja yang tidak reti buat kan? Antara resepi yang sangat mudah. Tetapi, apa kata kali ini para ibu cuba resepi Apam Tembikai hasil perkongsian di Facebook ini. Nampak menarik sangat. Boleh cuba untuk anak-anak di rumah. 

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Apam Tembikai ini 🙂

Bahan-bahan:

2 biji telur*

3/4 cawan gula halus*

1 sudu besar ovalette*

1 sudu kecil esen vanilla*

2 cawan tepung gandum

1 cawan susu cair/santan

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Secubit garam halus

Pewarna

Bijan hitam (untuk hiasan dan ianya optional sahaja)

Cara membuat:

  1. Mix bahan bertanda (*) sehingga gebu dan ringan.
  2. Masukkan susu cair/santan, garam dan mix lagi.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang sudah siap diayak.
  4. Kacau sebati menggunakan spatula.
  5. Bahagi kepada 3 bahagian; titik pewarna merah, hijau dan putih.
  6. Masukkan ke dalam piping bag. Kemudian picit ke dalam acuan mengikut warna.
  7. Pastikan acuan di sapu minyak dulu ya.
  8. Kukus selama 10 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More