fbpx

Buat Kuih Donut Bentuk Bola. Baru Senang Hendak Di Makan. Yang Penting, Tunggu Doh Kembang Baru Goreng.

iCookAsia

Kuih Donut ini antara kuih yang paling digemari ramai sehingga kini. Tak pelik guna apabila ada yang moden kan kuih ini, seperti Bomboloni, donut yang mempunyai inti. Apa-apa pun, donut versi asli masih menjadi pilihan dan terbaik. 

Jom cuba buat donut asli ini tetapi versi bentuk bola. Baru senang untuk dimakan. 

Terima kasih Nur Aien untuk perkongsian resipi Kuih Donut ini 🙂

Bahan-bahan:

1 paket yis mauripan

3 cawan tepung gandum

1 cawan air suam

3 sudu besar gula (nak manis boleh tambah gula ikut suka manis tahap mana)

3 sudu besar susu pekat

2 sudu besar marjerin

1 biji telur

Gula halus atau gula aising (untuk gaul dengan donut nanti)

Cara membuat:

  1. Cairkan marjerin. Apabila sudah sejuk, tambah telur, pukul sikit dan ketepikan dulu.
  2. Gula dan susu pekat disatukan didalam air suam, kacau hingga larut, masukkan yis, kacau lagi, biarkan dalam 10 minit.
  3. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih. Kemudian, masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur. Kacau.
  4. Selepas itu, boleh masuk kan bahan-bahan semua ke tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh.
  5. Dah jadi doh, rehatkan doh tu dalam 30 minit.
  6. Dah rehatkan doh, uli tumbuk-tumbuk bagi buang angin. Selepas itu, boleh buatkan bentuk bulat macam bola, susun dalam talam jarang-jarang (tabur tepung sikit).
  7. Dah siapkan, bentuk kan bulat-bulat dan biarkan selama 10-15 minit. Bagi kembang elok baru goreng.
  8. Goreng dalam api yang serdahana.
  9. Dah siap, goreng dan gaulkan dengan gula halus atau gula aising.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Aien (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x