in ,

Buat Kuih Kasturi Jagung. Kalau Tak Ada Jagung Pun Tak Apa. Tapi Resepi Ni Sangat Sedap.

Siapa sahaja yang tidak kenal Kuih Kasturi? Kuih tradisi tetapi tidak ramai yang gemar. Bagi peminat kacang hijau, pasti gemar akan kuih ini kerana itulah bahan utama yang digunakan. 

Tetapi, pernahkah anda mencuba untuk campur Jagung didalam bahan untuk membuat Kuih ini? Tak pernah kan? Jom cuba!

Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Kuih Kasturi Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan kacang hijau

Air secukupnya

½ cawan gula

1/2 cawan tepung gandum

Secubit garam 

Caranya:

  1. Rebus kacang hijau dengan air secukupnya hingga kacang empuk.
  2. Kemudian, masukkan  jagung dan biarkan sekejap.
  3. Seterusnya, buangkan air.
  4. Masukkan ½ cawan gula (ikut selera nak manis atau tidak), 1/2 cawan tepung gandum dan secubit garam. Kacau hingga kering. Apabila dah sejuk, baru bentukkan. 

Bahan untuk adunan tepung:

1 cawan tepung gandum

1 cawan air

1 sudu kecil marjerin

Secubit garam

Serbuk kunyit

Caranya: Sebatikan semua bahan. Celupkan inti kacang tadi dan goreng bila minyak betul-betul panas. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.